Wednesday, August 30, 2017

MELAKA ( TEMPAT MENARIK )

Kami dari 1 Dip Diploma Pelancongan Kolej Vokasional Miri Sarawak, Malaysia dan ini merupakan satu tugasan tentang info Melaka yang diberikan oleh pensyarah kami. Di sini kami akan menceritakan serba sedikit tentang tempat di Melaka.





Haa, mesti semua orang tahu sejarah tentang Melaka kan ? Tak kira tau sikit ke banyak ke, semua tahu yang Melaka ni terkenal dengan cerita pelanduk menendang anjing milik Parameswara betul tak ? Ha, sekarang saya bukan nak cerita tentang sejarah Melaka, tetapi saya nak bagitau pada pihak orang ramai, samada tempatan, orang luar, maklum la orang zaman sekarang busy dengan gadget dan dan dunia IT, mane nak amik tahu tentang aktiviti luar bersenam, berjoging, termasuk jugaklah dengan melancong ni dan keistimewaan tempat - tempat tarikan di negara Malaysia.

Hasil carian imej untuk melaka

CHRIST CHURCH MELAKA


Hasil carian imej untuk BANGUNAN MERAH MELAKA

WORLD HERITAGE CITY

Hasil carian imej untuk kota a famosa

A' FAMOSA ( PORTA DE SANTIAGO )

Gambar di atas tu adalah gambar yang menunjukkan pengenalan bagi negeri Melaka tau. Mana - mana orang asing yang tahu sejarah tentang penjajah mereka confirm tau punye, tengok je gambar macam di atas tu "Oh that's Malacca". Untuk pengetahuan asas, semua tahu kan yang Melaka tiada sultan atas sebab sejarah dulu, ada yang mengatakan keturunan sultan Melaka lari dan sebagainya. Jadi, atas sebab sejarah dahulu jugaklah dan kesan pendatang asing menjajah di negara kita meninggalkan pelbagai kesan dan tempat peninggalan yang telah menjadi tarikan pelancong asing dan orang ramai ke Negara Malaysia. Melaka ni penuh dengan tempat tinggalan seperti Kota A'Famosa, Gereja Merah ( Christ Church Melaka ) , Bangunan Merah ( World Heritage City ), Melaka Cruise River, Makam Hang Jebat, Makam Hang Kasturi, Perigi Hang Tuah, Perigi Hang Li Po.

Hasil carian imej untuk perigi hang tuah melaka

PERIGI HANG TUAH

Hasil carian imej untuk makam hang tuah

MAKAM HANG TUAH

Hasil carian imej untuk makam hang kasturi

MAKAM HANG KASTURI


Hasil carian imej untuk PERIGI HANG LI PO

PERIGI HANG LI PO

Pelbagai tempat menarik di Melaka ni. Jangan ingat Melaka ni kecik je, tapi macam - macam tempat ada. Nak tengok tempat bersejarah ? Nak pergi taman tema yang ada air bagai tu ? Melaka pon ada, Nak pergi taman yang ada rama - rama ? Taman Buaya ? Hampir semua ada kat sini. Orang ramai tempatan ni ada cerita, dahulu perigi Hang Li Po ni banyak orang dulu - dulu baling duit syiling dalam perigi tu. Mungkin sebab supaya dapat tunaikan wish lah apa lah macam - macam haha. Tapi kalau tempat tu tak bertutup besi kat atas perigi Hang Li Po, dah lama kaya dah depa kutip duit - duit syiling bermacam zaman haha.

Hasil carian imej untuk melaka

MALACCA CRUISE RIVER

Hasil carian imej untuk taman rama rama melaka

TAMAN RAMA RAMA

Hasil carian imej untuk tamam buaya melaka

TAMAN BUAYA MELAKA


WAKTU OPERASI TAMAN BUAYA



Namun selepas itu, zaman kita semakin maju dan pembangunan baru mula dibina dan muncul la tempat tarikan buatan manusia yang menarik pelancong - pelancong ke Melaka ni , contoh macam Taman Rama - Rama, Taman Buaya Melaka, Melaka Wonderland Theme Park & Resort dan banyak lagi. Melaka River ni pon dibina pada 11 November 2005. Taman Buaya Melaka pulak ada waktu operasinya kalau nak hang nak pi.


Hasil carian imej untuk river in melaka  Imej yang berkaitan

FERRIS WHEEL MELAKA ( CRUISE RIVER )

Kalau nak berjalan - jalan guna perkhidmatan cruise Melaka River ni, malam adalah masa yang paling baik punya sebab keindahan di sepanjang jalan di Melaka River ni terdapat banyak lampu - lampu neon warna warni, pemandangan yang menarik mata orang ramai di sekitarnya. Tambahan ada Ferris Wheel gak pada hujung jalan Cruise River ni.



Hasil carian imej untuk MELAKA WONDERLAND      Hasil carian imej untuk MELAKA WONDERLAND

MELAKA THEME PARK & RESORT ( MELAKA WONDERLAND )



Kelebihan bagi orang yang tinggal kat Melaka ni best tau, sebab kebanyakan kat sini, mana - mana je tinggal, ada bank, nak pergi kedai makan kat depan ada bank, kat tepi ada bank, kat belakang ada bank. Nak pergi ke kedai kopi pon ada bank kat sebelah. Haa ni la saya cakap, kemudahan nak cari tempat banknye banyak. Tambahan rumah homestay di Melaka adalah paling banyak. Orang tempatannya selain Melayu, ramai yang campuran belanda, baba nyonya, portugis and lain - lain. Kebanyakan pekerja tempat tarikan di Melaka ni adalah orang asing. 



Kalau pengangkutan pulak gais, of course la kalau dari Sabah atau Sarawak korang datang sini pakai aeroplane haha, ha bagi yang pelancong dekat - dekat sini, boleh la menggunakan bas express atau mana - mana teksi yang berdekatan untuk korang ke sini. Kalau dah sampai, ada satu pengangkutan special kalau nak ke mana - mana di Melaka iaitu : Beca Melaka. Macam gambar di bawah ni. Warna - warni siap.

Hasil carian imej untuk beca melaka


Hasil carian imej untuk beca melaka



Makanan ? Herm, kalau pergi ke mana - mana mesti cari makan dulu kan ? Lapar la katakan. Sape cakap Melaka ada makanan biasa - biasa je ? Nah meh, Kami share pasal makanan menarik yang ada di Melaka, tak lain tak bukan makanan tradisional Melaka yang terkenal adalah Asam Pedas Melaka. Makanan ni merupakan asas atau umum lah memang korang perlu cuba. Kat mana nak dapat ? Okay antara tempat terkenal la di Melaka di mana korang boleh dapat Asam Pedas Melaka ni di Asam Pedas ClayPot ; Restoran Kota Laksamana 1 . Restoran ni kire besar jugaklah. Kalau datang sini, jangan lupe singgah makan sini. Walaupun banyak restoran yang menyajikan asam pedas ni, tapi ni merupakan restoran pilihan utama kebanyakan pelancong yang datang ke Melaka.


Imej yang berkaitan

RESTORAN LAKSAMANA 1 ( ASAM PEDAS CLAYPOT )

Hasil carian imej untuk makanan sedap di melaka

RESTORAN TEMPAYAN



Hasil carian imej untuk makanan sedap di melaka

KUIH MUIH MELAKA


Jangan lupe jugak, singgah mane - mane tempat di tepi jalan atau pasar malam di Melaka. Kuih Muih di Melaka ni lain macam sikit. Ada keasliannya yang tersendiri haa.. gula pon gula tersendiri, sebab tu la wujud Gula Melaka. Selain itu, Melaka juga ada pasar malamnya. Banyak barang yang kita boleh borong secara banyak murah pulak tu. Shawl ke, kerongsang ke, baju, makanan, ja jan, barang mainan kanak - kanak semuanya adalah.. haha rugi tak datang. Cubalah melancong ke Melaka ni, jangan lupe lak bawak bajet banyak sikit, dapat lah merasa tempat enjoyable macam Taman Tema Wonderland Melaka, tinggal kat Homestay dan sebagainya. 

Jadi saya rasa, itu sahaja cerita serba sedikit tentang Melaka dari kami. Sekian, sila nikmati hari anda di Melaka, cuba jangan tak cuba !